History
Icon-add-to-playlist Icon-download Icon-drawer-up
Share this ... ×
...
By ...
Embed:
Embedded player size:
Embedded player preview:
Icon-play-large
Belajar Cara Bermain Gitar Secara Percuma atau Berbayar
Time-length-icon 0m 0s
Icon-like
Publish-date-icon March 15, 2012
Icon-add-to-playlist Add to Playlist

Subscribe-itunes-badge
EPISODE DESCRIPTION

Seperti yang anda ketahui dalam proses belajar main gitar ada 2 cara iaitu secara percuma atau pun berbayar. Apakah pilihan anda? Biar saya teka. Kebanyakkan anda yang membaca artikel ini akan memilih pembelajaran percuma sebab semua orang suka barang percuma. Betul tak? Sebelum anda memilih percuma atau berbayar mari kita tengok apa yang anda perlu tahu untuk belajar cara bermain gitar.


Perkara-perkara yang perlu untuk bermain gitar:

1. Mempunyai sebuah gitar

2. Tahu membaca kord gitar

3. Pandai menggunakan kord asas (open chords)

4. Tahu menggunakan power chords

5. Teknik strumming dan scaling

6. Boleh tune gitar sendiri


Enam perkara di atas adalah tunjang untuk bermain gitar. Banyak bukan? Jika anda dapat menguasainya saya pasti anda boleh bermain gitar dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Selepas ini, jom kita tengok kelebihan dan kelemahan belajar gitar secara percuma dan berbayar.


Belajar Secara Percuma


Kelebihan: Tidak dapat dinafikan kelebihannya adalah percuma atau anda hanya melaburkan kos yang amat kecil. Biasanya anda akan menggunakan internet untuk mencari maklumat mengenai cara bermain gitar.

Kelemahan: Memerlukan masa yang lama dan sukar. Cara ini anda akan menggunakan kaedah try and error. Pasti anda akan buat kesalahan yang banyak. Biasanya bagi mereka yang ingin belajar dengan cepat pasti akan kecundang dan mengalah.


Belajar Secara Berbayar


Kelebihan: Mudah dan cepat. Melalui panduan yang di berikan anda tidak perlu menggunakan kaedah try and error. Ianya straight to the point. Anda juga dapat mengurangkan kesilapan yang sering dilakukan oleh newbie dalam permainan gitar.

Kelemahan: Kos yang perlu dilaburkan adalah yang utama.Ada dua kategori, yang pertama pergi ke kelas muzik yang mengenakan yuran bulanan berharga ratusan ringgit. Kedua, memiliki buku panduan belajar cara bermain gitar berharga beberapa ringgit sahaja.


Tetapi, kebanyakkan buku panduan hanya mengajar kord-kord gitar asas sahaja. Masih ingat lagi enam perkara asas yang anda perlu ada untuk menguasai gitar? Semasa saya baru mula belajar main gitar, saya menggunakan cara percuma dan try and error. Ternyata ianya tidak mudah. Saya hampir mengalah. Akhirnya saya membuat keputusan mengeluarkan sedikit modal untuk membeli panduan belajar gitar.


Ternyata pelaburan saya tidak sia-sia. Saya berjaya mahir dalam permainan gitar dengan mudah dan pantas. Sehingga sekarang saya dapat bermain gitar dengan baik tanpa melihat buku kord gitar.

Akhir sekali, dengan penerangan kelebihan dan kekurangan belajar main gitar secara percuma vs berbayar, dapatlah anda membuat pilihan yang tepat dan sesuai untuk anda. Semoga anda berjaya dalam permainan gitar.

COMMENTS
You must be logged in to post a comment.
GO MOBILE
Check us out on mobile! Get the PodOmatic Podcast Player for iOS and Android.
App-store-badge Google-play-badge
Help | Terms | Privacy | Partners | PRO Support
© 2015 PodOmatic, Inc.