History
Icon-add-to-playlist Icon-download Icon-drawer-up
Share this ... ×
...
By ...
Embed:
Copy
Belajar Cara Bermain Gitar Secara Percuma atau Berbayar
March 15, 2012 08:00 AM PDT

Seperti yang anda ketahui dalam proses belajar main gitar ada 2 cara iaitu secara percuma atau pun berbayar. Apakah pilihan anda? Biar saya teka. Kebanyakkan anda yang membaca artikel ini akan memilih pembelajaran percuma sebab semua orang suka barang percuma. Betul tak? Sebelum anda memilih percuma atau berbayar mari kita tengok apa yang anda perlu tahu untuk belajar cara bermain gitar.


Perkara-perkara yang perlu untuk bermain gitar:

1. Mempunyai sebuah gitar

2. Tahu membaca kord gitar

3. Pandai menggunakan kord asas (open chords)

4. Tahu menggunakan power chords

5. Teknik strumming dan scaling

6. Boleh tune gitar sendiri


Enam perkara di atas adalah tunjang untuk bermain gitar. Banyak bukan? Jika anda dapat menguasainya saya pasti anda boleh bermain gitar dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Selepas ini, jom kita tengok kelebihan dan kelemahan belajar gitar secara percuma dan berbayar.


Belajar Secara Percuma


Kelebihan: Tidak dapat dinafikan kelebihannya adalah percuma atau anda hanya melaburkan kos yang amat kecil. Biasanya anda akan menggunakan internet untuk mencari maklumat mengenai cara bermain gitar.

Kelemahan: Memerlukan masa yang lama dan sukar. Cara ini anda akan menggunakan kaedah try and error. Pasti anda akan buat kesalahan yang banyak. Biasanya bagi mereka yang ingin belajar dengan cepat pasti akan kecundang dan mengalah.


Belajar Secara Berbayar


Kelebihan: Mudah dan cepat. Melalui panduan yang di berikan anda tidak perlu menggunakan kaedah try and error. Ianya straight to the point. Anda juga dapat mengurangkan kesilapan yang sering dilakukan oleh newbie dalam permainan gitar.

Kelemahan: Kos yang perlu dilaburkan adalah yang utama.Ada dua kategori, yang pertama pergi ke kelas muzik yang mengenakan yuran bulanan berharga ratusan ringgit. Kedua, memiliki buku panduan belajar cara bermain gitar berharga beberapa ringgit sahaja.


Tetapi, kebanyakkan buku panduan hanya mengajar kord-kord gitar asas sahaja. Masih ingat lagi enam perkara asas yang anda perlu ada untuk menguasai gitar? Semasa saya baru mula belajar main gitar, saya menggunakan cara percuma dan try and error. Ternyata ianya tidak mudah. Saya hampir mengalah. Akhirnya saya membuat keputusan mengeluarkan sedikit modal untuk membeli panduan belajar gitar.


Ternyata pelaburan saya tidak sia-sia. Saya berjaya mahir dalam permainan gitar dengan mudah dan pantas. Sehingga sekarang saya dapat bermain gitar dengan baik tanpa melihat buku kord gitar.

Akhir sekali, dengan penerangan kelebihan dan kekurangan belajar main gitar secara percuma vs berbayar, dapatlah anda membuat pilihan yang tepat dan sesuai untuk anda. Semoga anda berjaya dalam permainan gitar.

Bagaimana Jerawat Berlaku
January 28, 2012 01:49 AM PST

Jerawat adalah penyakit yang selalu kita dengari. Di Malaysia sahaja berpuluh ribu individu mengalami masalah penumbuhan jerawat sama ada di muka atau pun di badan. Jerawat boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu jerawat ringan, jerawat sederhana dan jerawat kronik. Banyak faktor penyebab jerawat tumbuh di muka dan badan. Sebelum kita membincangkan bagaimana untuk hilangkan jerawat, mari kita lihat bagaimana jerawat boleh berlaku.

Penyakit jerawat boleh didefinasikan sebagai penyakit radang tisu di bahagian kulit manusia. Radang ini berlaku di kawasan kulit yang berminyak seperti muka dan badan yang boleh menyumbang terjadinya jerawat. Biasanya ia berlaku pada golongan remaja yang berada dalam tempoh akil baligh disebabkan oleh perubahan hormon yang agresif di dalam badan.

Pada usia remaja, kelenjar-kelenjar minyak menjadi begitu aktif untuk menghasilkan sebum(sejenis lemak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak) semasa perubahan hormon.

Fungsi sebum adalah bertindak sebagai pelindung supaya kulit sentiasa lembap dan lembut. Ia juga mengekalkan nilai pH normal pada lapisan kulit. Bagi mereka yang mengalami kulit sensitif, sebum boleh keluar dengan terlalu banyak dan menyebabkan kulit menjadi kering.

Pendedahan pada persekitaran yang kotor menyebabkan kotoran seperti debu dan habuk mudah tersumbat pada liang pori atau kelenjar minyak. Akibatnya kotoran yang tersumbat itu akan menghalang sebum keluar daripada kelenjar minyak dengan lancar. Pembentukkan bakteria mudah berlaku di dalam kelenjar minyak yang tersumbat dan menukarkan sebum menjadi lemak berasid. Akhirnya kulit mengalami nanah dalaman dan perbentukkan jerawat berlaku.

Kita perlu memandang serius mengenai penyakit jerawat ini kerana jika lambat dirawat ia boleh meniggalkan kesan atau parut jerawat kekal yang sukar untuk dihilangkan.

Di atas adalah asas bagaimana penumbuhan jerawat berlaku. Sebenarnya banyak faktor penyebab jerawat sebenarnya.

Antara faktor punca jerawat adalah stress, kurang tidur, pemakanan tidak sihat, terdedah pada matahari terlalu lama, gaya hidup dan banyak lagi. Jadi amat pentinglah anda mengetahuinya sebelum jerawat anda menjadi lebih teruk.

Tips: Untuk hilangkan jerawat dan menghalang jerawat tumbuh kembali, pastikan anda sentiasa mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali dengan menggunakan pencuci muka atau lima kali sehari tanpa penggunaan pencuci muka.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai jerawat dan cara tips menghilangkan jerawat. Anda boleh ke blog saya. Oh ya jangan lupa untuk membaca bahagian produk iaitu rahsia jerawat terbongkar. Terima kasih.